Sunday, 3 September 2017

Pohon Ilmu

Assalamualaikum warahmatuLahi wabarakatuh.

Harap sekalian berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kini sudah selesai dengan ibadah qurban. Sampai masa tumpu perhatian kepada pembelajaran Bahasa Inggeris semula.

Saya nak kongsikan pandangan saya berkenaan cara anak2 kita belajar. Ada sesetengah orang anggap pembelajaran itu ialah menghafal ilmu. Bagi saya, pembelajaran itu lebih menyerupai activiti pertanian.

Terlebih dahulu, sebelum proses pembelajaran mula dengan sepenuhnya, kita perlu sediakan minda anak2 kita untuk menerima ilmu. Bayangkan tanah sawah padi. Sebelum menyemai padi, tanah perlu disediakan terlebih dahulu. Batu2 dibuang. Tanah dipecah. Supaya bila semai padi, mudah tumbuh.

Begitu juga dengan minda anak2 kita. Sebelum mula belajar, buang batu2 yang ada. Apakah batu2 yang ada dalam minda anak2 kita? Banyak sekali. Batu2 macam fikiran bahawa pembelajaran itu susah. Bosan. Tak berfaedah. Dan lain2 fikiran yang negatif. Buang semua batu2 begini dahulu.

Kemudian lembutkan minda anak2 kita untuk menerima ilmu. Bukalah minda anak2 kita kepada keseronokan belajar. Beri mereka gambaran betapa seronoknya bila ada ilmu yang berfaedah. Siapkan minda anak2 kita untuk menerima ilmu.

Tugas ini ialah tugas para ibubapa. Sediakan anak2 di rumah sebelum hantar ke sekolah. Boleh buat tak? Memang boleh! Anak2 tu anak2 kita kan.

Sekian sahaja buat hari ini. Harap jumpa pula pada hari keesokan.

Assalamualaikum warahmatuLahi wabarakatuh.


Saturday, 2 September 2017

Selamat Hari Raya Aidil Adha

As salaam mualaikum warahmatuLahi wabarakatuh

Syukur alhamdulilLah, kita sudah selamat menunaikan tugas kita sebagai seorang Muslim pada hari yang mulia ini. Semoga tahun hadapan, kita masih ada peluang berjumpa lagi untuk Hari Raya Aidil Adha.





Demikian, saya juga ada satu lagi harapan. Semoga tahun depan, semua anak2 kita boleh bercakap dengan fasih dalam Bahasa Inggeris. Sila ikuti laman ini untuk perkembangan seterusnya.

Terima kasih.