Monday, 9 October 2017

Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live


As salaam mualaikum wa rahmatulLahi wa barakatuh

Syukur alhamdulilLah, saya sudah mulai menyampaikan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui FB Live. Sesiapa yang berminat mengikuti siaran langsung ini boleh mendapatkan maklumat seterusnya dari https://www.facebook.com/Areeteachtalk/. Sesiapa yang ada komen atau soalan boleh menyertai kumpulan FB https://www.facebook.com/groups/Mynahs/

Apakah kelebihan belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live?

Satu, anda tidak tersangkut dengan waktu.

Siaran langsung dibuat, insya Allah, tiap2 9.30 malam. Seboleh2nya, ikutilah siaran langsung. Akan tetapi, sekiranya tidak dapat mengikuti siaran langsung, anda tidak ketinggalan. Anda masih boleh tengok ulangtayang siaran itu. Inilah satu2 kelebihan belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live. Sekiranya anda belajar dengan guru, saperti biasa, dan anda tidak dapat hadir untuk kelas, rugilah anda kerana kelas itu sudah selesai dan tidak dapat diulangtayang.

Tambahan lagi, dengan cara belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live, anda boleh ulangtayang sebeberapa kali yang perlu. Sekali, dua kali, sepuluh kali pun boleh. Ini tidak boleh dibuat dengan pembelajaran cara tradisional.

Dua, anda tidak tersangkut dengan tempat.

Dalam sistem tradisional, anda perlu pergi ke kelas untuk belajar. Perlu berpakaian kemas, keluar dari rumah, pergi ke tempat belajar. Ambil masa, perlu perbelanjaan. Dengan cara belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live, anda boleh belajar di rumah anda. Tidak perlu berpakaian kemas, tidak perlu keluar dari rumah, tidak perlu pergi ke kelas. Jimat masa, jimat perbelanjaan.

Hanya satu kekurangan.

Anda boleh tengok dan dengar saya mengajar. Tetapi, saya tidak boleh tahu adakah anda boleh buat apa yang diajar. Maka, untuk mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan supaya anda membuat rakaman video. Turut apa yang saya ajar. Buat sendiri. Rakam video. Tengok balik video itu. Kalau tidak puashati, rakam semula. Sehingga puashati. Kemudian muatnaik kepada kumpulan FB https://www.facebook.com/groups/Mynahs/.

Apabila anda muatnaik video anda, saya boleh nampak pencapaian anda. Dan saya boleh tolong betulkan mana2 tempat yang silap. Senang kan? Tengok siaran saya. Rakam video anda. Muatnaik. Dan anda dapat belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live.

Saya telah menyediakan dua app untuk membantu anda dalam usaha belajar Bahasa Inggeris. Satu ialah kuiz online, Socrative: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.socrative.student. Muatturun dan install app ini. Tiap malam, selepas siaran langsung, saya akan muatnaik kuiz online berkenaan dengan pelajaran terkini.

Satu lagi app ialah Quizlet: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.quizlet.quizletandroid. Muatturun dan install app ini. Tiap hari, sebelum siaran langsung, saya akan muatnaik link kepada bahan pembelajaran terkini.

Jangan lupa. Siaran langsung belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live, tiap2 9.30 malam, insya Allah. Ikutilah
https://www.facebook.com/Areeteachtalk/ untuk maklumat terkini. Sertailah kumpulan FB 
https://www.facebook.com/groups/Mynahs/ untuk komen dan sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih. Insya Allah, jumpa malam ini di siaran langsung belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live.

No comments:

Post a Comment