As salaam mualaikum wa rahmatulLahi wa barakatuh
Semalam, saya dapat buat siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live. Tajuknya "Family" iaitu "Keluarga". Inilah istilah2 yang diajar semalam:
1. Father - ayah
2. Mother - ibu
3. Brother - abang atau adik lelaki
4. Sister - kakak atau adik perempuan
5. Son - anak lelaki
6. Daughter - anak perempuan
7. Uncle - bapa saudara
8. Aunt - emak saudara
9. Nephew - anak saudara lelaki
10. Niece - anak saudara perempuan
11. Cousin - sepupu
12. Grandfather - datuk
13. Grandmother - nenek
14. Husband - suami
15. Wife - isteri
Kemudian saya ajar pula lagu "Farmer in the Dell". Lagu ini mempunyai banyak versi lirik. Saya reka lirik yang menggunakan istilah2 berkenaan dengan keluarga. Lirik rekaan saya ini boleh dilihat di Page FB saya "This is how I teach": https://www.facebook.com/notes/this-is-how-i-teach/the-farmer-in-the-dell/1758922120799381/
Semalam saya tambah keterangan dalam Bahasa Thai kerana ada peminat2 dari Thailand. Insya Allah, pada masa depan, saya dapat tambah Bahasa Thai kepada blog ini juga. Inilah rakaman video pelajaran semalam:
Siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live akan dibuat tiap2 malam, dari pukul9.30 malam hingga 10.00 malam. Sila sertailah kumpulan FB Mynahs of Petaling Bahagia, untuk mengikuti perkembangan terkini: https://www.facebook.com/groups/Mynahs/
Video2 pelajaran yang lepas boleh didapati di Page saya "This is how I teach": https://www.facebook.com/Areeteachtalk/
Sehingga kita berjumpa lagi, selamat majujaya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui FB Live.


No comments:
Post a Comment