Tuesday, 17 October 2017

Jumpa Kawan

As salaam mualaikum wa rahmatulLahi wa barakatuh

Semalam, saya mengajar suatu bentuk perbualan Bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah. Kandungannya ialah saperti berikut:

Good morning - Selamat pagi - สวัสดีตอนเช้า
Good afternoon - Selamat petang - สวัสดีตอนบ่าย
Good evening - Selamat petang (waktu jumpa) - สวัสดีตอนเย็น
Good night - Selamat malam (waktu pisah malam) - ราตรีสวัสดิ์
Good day - Selamat tinggal (waktu pisah siang) - ขอให้เป็นวันที่ดี

How are you? - Apa khabar? - เป็นอย่างไรบ้าง
I am fine - Saya baik - ฉันสบายดี
I am well - Saya baik - ฉันสบายดี
I am good - Saya baik - ฉันสบายดี

How about you? - Bagaimana awak pula? - แล้วคุณล่ะ
What about you? - Bagaimana awak pula? - แล้วคุณล่ะ
And you? - Dan awak? - แล้วคุณล่ะ

I am not so well - Saya kurang sihat - ฉันไม่สบาย
I am unwell - Saya tidak sihat - ฉันไม่สบาย

Good bye - Selamat tinggal - ลาก่อน
See you again - Jumpa lagi - แล้วพบกันอีก
See you tomorrow - Jumpa esok - เจอกันพรุ่งนี้
See you later - Jumpa kemudian - เจอกันภายหลัง
 
Lain daripada itu, saya juga tambah sedikit pembelajaran berkenaan dengan perkataan "How".
 
"How" ialah satu daripada perkataan pertanyaan. Perkataan yang lain ialah "What", "Where", "When", "Why", "Who" dan "Which". Kumpulan perkataan ini dipanggil "WH Questions" iaitu perkataan soalan yang bermula dengan huruf "wh".
 
Saya beri dua tiga contoh kegunaan "How" saperti berikut:
 
How is your father? - Apa khabar ayah anda? - พ่อของคุณเป็นอย่างไร
How old are you? - Apakah umur anda? - คุณอายุเท่าไหร่
 
Kemudian saya tambah sedikit lagi berkenaan dengan bentuk perkataan "Good". "Good" ialah perkataan sifatnama. Ini ialah bentuk biasa. Bentuk yang lain ialah saperti berikut:
 
Good - baik - ดี
Better - lebih baik - ดีกว่า
Best - paling baik -  ดีที่สุด
 
Inilah video rakaman pelajaran siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live pada 16hb Oktober 2017:
 
 
Saperti biasa, malam ini saya akan buat siaran langsung lagi, pada pukul 9.30 malam. Jangan lupa menyertai kumpulan FB Mynahs of Petaling Bahagia:
Untuk nota2 pembelajaran dan video2 pelajaran yang lepas, sila like Page FB This is how I teach:

Selamat berjumpa lagi.


 
 

No comments:

Post a Comment