As salaam mualaikum wa rahmatulLah wa barakatuh
Syukur alhamdulilLah, siaran langsung semalam dari 9.30 - 10 malam, belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live, telah dijalankan dengan berjaya. Tajuknya ialah "Colours" iaitu "Warna Warni".
Terlebih dahulu, biar saya terangkan bahawa ejaan "colour" ialah ejaan Bahasa Inggeris orang England. Orang Amerika eja "color", kurang huruf "u". Saya guna ejaan mengikut orang England.
Perkataan2 yang diajar ialah:
Red - merah
Green - hijau
Blue - biru
Black - hitam
White - putih
Gray - kelabu
Yellow - kuning
Orange - oren
Purple - unggu
Pink - merah muda
Brown - coklat
Disini saya telah buat sedikit kesilapan. Ejaan "gray" ialah ejaan yang biasa diguna oleh orang Amerika. Orang England lebih biasa dengan ejaan "grey". Tetapi dua2 ejaan pun betul.
Untuk membantu anak2 belajar perkataan2 berkenaan dengan "colours", saya telah menyediakan suatu latihan saperti berikut:
Red, red,
What is red?
The rose, the rose,
The rose is red.
Green, green,
What is green?
The grass, the grass,
The grass is green.
Blue, blue,
What is blue?
The sky, the sky,
The sky is blue.
Black, black,
What is black?
The ink, the ink,
The ink is black.
White, white,
What is white?
The paper, the paper,
The paper is white.
Grey, grey,
What is grey?
The mouse, the mouse,
The mouse is grey.
Yellow, yellow,
What is yellow?
The banana, the banana,
The banana is yellow.
Orange, orange,
What is orange?
The light, the light,
The light is orange.
Purple, purple,
What is purple?
The grape, the grape,
The grape is purple.
Pink, pink,
What is pink?
The carnation, the carnation,
The carnation is pink.
Brown, brown,
What is brown?
The earth, the earth,
The earth is brown.
Latihan ini ada dua tujuan. Selain daripada memberi anak2 latihan dalam sebutan perkataaan berkenaan dengan "colour", latihan ini juga mengajar cara guna intonasi atau nada dalam ayat Bahasa Inggeris. Dalam ayat bentuk soalan, nada di hujung ayat mesti naik.Maka, contohnya, soalan "What is red?" mesti disebut dengan nada naik dihujung ayat, supaya menjadi soalan. Sekiranya disebut dengan nada turun di hujung ayat, tidak menjadi soalan.
Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah sebutan perkataan "the". Apabila perbuatan berikut mula dengan bunyi vokal, iaitu "a e i o u", perkataan "the" disebut dengan bunyi lain, iaitu "di" bukan "de". Contohnya,
"di apple" bukan "de apple",
"di elephant" bukan "de elephant",
"di ink" bukan "de ink",
"di orange" bukan "de orange",
"di umbrella" bukan "de umbrella".
Inilah satu2 keganjilan dalam sebutan Bahasa Inggeris. Tidak perlu tanya mengapa. Inilah cara orang Inggeris cakap, maka kita pun belajar cakap Bahasa Inggeris sebagaimana orang Inggeris cakap.
Untuk dengar cara sebutan perkataan2 yang telah diajar, tontonilah video ini:
Anda juga boleh tengok video ini dalam Page FB saya "This is how I teach":
Di FB, ada satu kumpulan yang saya buat khas untuk anda. Sertailah kumpulan FB Mynahs of Petaling Bahagia untuk mengikut perkembangan dalam Belajar Bahasa Inggeris melalui FB Live:
Minta join kumpulan ini dan saya akan approve secepat mungkin. Sila komen atau buat cadangan atau buat permintaan dalam kumpulan ini.
Siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live, insya Allah, akan dibuat tiap2 9.30 malam. Kita jumpa di sana malam ini, ya.




No comments:
Post a Comment