As salaam mualaikum wa rahmatulLahi wa barakatuh
Selesai satu lagi siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live, semalam, 9.30 malam. Tajuknya "Temujanji" berkenaan dengan perbualan mengatur temujanji dengan kawan. Diantara istilah2 yang berkaitan ialah yang berikut:
Are you free tonight? - Anda ada masa kosong tak malam ini? - คืนนี้คุณว่างหรือเปล่า
Will you be free tonight? - Anda ada masa kosong tak malam ini? - คืนนี้คุณว่างหรือเปล่า
What do you have in mind? - Anda ada cadangan apa? - สิ่งที่คุณมีในใจคืออะไร
Where do you want to go? - Anda nak pergi ke mana? - คุณต้องการไปที่ไหน
What do you want to do? - Anda nak buat apa? - คุณต้องการทำอะไร
How about dinner together? - Makan malam bersekali boleh tak? - ไปทานอาหารเย็นกันดีหรือไม่
How about going shopping? - Pergi membeli-belah mahu tak? - ไปช้อปปิ้งกันดีหรือไม่
How about going for a movie? - Pergi menonton filem mahu tak? - ไปดูหนังกันดีหรือไม่
Good idea - Cadangan yang baik - ความคิดที่ดี
Sorry, I am busy - Maaf, saya sibuk - ขอโทษฉันไม่ได้ฟรี
Sorry, I have something on - Maaf, saya sudah ada janji - ขอโทษฉันมีบางอย่างที่ต้องทำ
Perkataan "free" membawa dua makna. Satu ialah "percuma". Yang satu lagi, iaitu makna yang diguna dalam perbualan diatas ialah "masa kosong". Maka bila tanya "Are you free?" bermaksud hendak tahu adakah kawan itu ada masa kosong untuk menemani kita.
Kalau mengikut kegunaan nahu setepat2nya, pertanyaan ini patutnya berbunyi "Will you be free?" kerana tanya sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan. Akan tetapi, mengikut kebiasaannya, pertanyaan ini disampaikan dengan bentuk "Are you free?" Maka gunalah "Are you free?", mengikut kebiasaannya.
Ada beberapa bentuk lagi soalan dan jawapan dalam perbualan menjemput kawan pergi bersama kita. Anda boleh mengikuti semuanya dalam video rakaman ini:
Jangan lupa cuba kuiz online juga. Anda perlu muatturun app ini:
Room Name ialah ELIT. Tiap malam, selepas siaran langsung, saya akan muatnaik kuiz online yang baru. Video2 dan nota2 pelajaran yang lepas boleh didapati disini:
Malam ini, kita berjumpa lagi dalam siaran langsung Belajar Bahasa Inggeris Melalui FB Live.


No comments:
Post a Comment